Thursday, June 19, 2014

SET BERPANTANG SHAKLEE

Alhamdulillah.....
Minggu Kedua berpantang bersama SHAKLEE.

Kenapa saya pilih untuk berpantang dengan SHAKLEE?
Kerana semua produknya senang dimakan. Praktikal, mudah dan simple,Ini bukannya ubat. Ianya vitamin daripada sumber semulajadi


Camne saya mengamalkan pengambilan set nie dalam rutin berpantang saya?

Pagi

  • Bangun tidur- semasa perut kosong, saya ambil Zinc Complex untuk penyerapan maksimum. Kenapa saya ambil Zinc Complex? Ianya membantu dalam penyembuhan luka dalaman 
  • Selesai mandi & bersiap - sebelum sarapan, saya minum ESP yang dibancuh bersama MILO (minum milo anda jadi sihat dan kuat..hehehe). Saya shake ESP + MILO nie dengan air suam (sbb org pantang xbole minum air sejuk).Sila jangan bancuh bersama air panas/berkafein/ bergas yer kawan-kawan.
  • Selesai sarapan... dok online sebentar sementara menunggu makanan hadam..
  • Sementara tu saya jalankan la rutin harian berpantang saya.... Sapu sedikit krim Mustajab ( Patutnya pakai Herbal Blend Multipurpose Cream. tapi nk buat camne, stok dh abess...Agak2 krim dh meresap, saya balutkan perut saya dengan bengkung (pakai bengkung simple jek). 
  • Ha.... part  yg seterusnya nie amat panasss.....saya bertungku menggunakan batu sungai yg dh dipanaskan... Bukan xbole pakai tungku yg moden tu, tapi sy lebih selesa dengan batu sungai yg habanya berpanjangan dan sangat neutral....
  • Siap aktiviti bertungku, saya telan sebiji B complex. Apa fungsinya B complex nie? Ia berfungsi sebagai anti stress & membantu tubuh untuk menghasilkan sel darah merah yg baru selepas banyak kehilangannya setelah melalui proses kelahiran.

Tengahari (Lunch)
  • Selepas lunch - saya makan sebiji Sustained Released Vitamin C - tujuannya adalah sebagai antibodi kepada tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit. Maklumlah..tempoh berpantang nie amat menguji kesabaran fizikal dan metal. Sebiji tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren..Banyak kan??Selain itu juga, Vitamin C juga membantu dalam penyembuhan luka/tisu yang rosak semasa proses bersalin.Ia juga penting untuk membentuk kolagen yang membatu dalam proses kecantikan kulit. Ha...kan dh dapat bonus tu... Cantik dan sihat semasa berpantang..
  • sebiji Vitalea (Multivitamin)- Vitalea melengkapkan keperluan vitamin harian kita kerana ianya membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yg diperlukan oleh sistem tubuh untuk kembali beroperasi dengan semua nutrien yg diperlukan. 
Malam (Dinner)
  • Amalkan pengambilan Ostematrix (2-4 biji) untuk keperluan kalsium badan. Penting untuk menguatkan gigi dan tulang. So kita boleh mengelakkan dari osteoporosis.
  • Ostematrix juga sangat bagus untuk mengatasi masalah sembelit. Memang sangat best....Senang je ke tandas.. xperlu termenung lama-lama.

Selesai proses berpantang nie, saya bercadang untuk meneruskan supplement untuk menghadapi Ramadhan la pulak... Set 3 Mighty Gems... Nanti saya cerita ya.. InsyaAllah... 

****************************************************************
Sihat dan Santek bersama SHAKLEE
Lala | 012-2288951
SID: 1128410
FB: Chajielaa Fadzli





SHAKLEE....FAQ

Alhamdulillah....
Entry kedua saya sepanjang percutian rehat panjang

Kali nie saya nak kongsikan jawapan untuk soalan yg selalu ditanya berkenaan SHAKLEE.




 Bagaimana saya ingin daftar menjadi ahli / pengedar Shaklee?
Ada 2 cara anda boleh daftar menjadi ahli Shaklee:
  • Buat bayaran pendaftaran ahli Shaklee sebanyak RM75 (Semenanjung) atau RM85 (Sabah/Sarawak).
  • ATAU ada boleh membeli mana-mana kombinasi produk Shaklee melebihi 200 mata iaitu lebih kurang RM680 (Semenanjung) atau RM850 (Sabah/Sarawak)

 Apa kelebihan daftar dan jadi ahli Shaklee?

Anda akan dapat berjimat sehingga 20 peratus dengan membuat pembelian dengan harga ahli. Lebih-lebih lagi, dari setiap pembelian, anda akan diberikan mata ganjaran dan kemudian ditukarkan kepada bentuk wang tunai pada setiap bulan.

 Apa yang saya perlu buat untuk daftar?
Ada boleh daftar dengan 2 cara berikut:
Jika anda ingin daftar sendiri. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Shaklee berdekatan. Anda perlu seorang penaja untuk daftar keahlian Shaklee. Anda boleh gunakan ID saya iaitu 1128410 (Sazilawati Binti Fadzli). Minta borang di kaunter dan isikan butirannya.
Cara mudah adalah daftar secara online. Anda boleh memberi butiran diri anda dan saya akan daftarkan keahlian anda..Mudah kan??

 Mitos atau benar, Shaklee memerlukan modal besar untuk daftar ahli?
Mitos!
Anda boleh pilih 2 opsyen di atas untuk menjadi ahli Shaklee. Stok dan penghantaran akan diuruskan 100% oleh pihak Shaklee Malaysia. Oleh itu, tiada sebarang kos tersembunyi.Apa kelebihan daftar dan jadi ahli Shaklee?

 Apa kelebihan daftar dan jadi ahli Shaklee?
Anda akan dapat berjimat sehingga 20 peratus dengan membuat pembelian dengan harga ahli. Lebih-lebih lagi, dari setiap pembelian, anda akan diberikan mata ganjaran dan kemudian ditukarkan kepada bentuk wang tunai pada setiap bulan.

 Apa kelebihan produk Shaklee ini berbanding lambakan supplemen lain di pasaran?
Produk Shaklee dijamin selamat dan sumbernya adalah tumbuhan semulajadi. Melalui ujian klinikal dan mendapat pengiktirafan FDA.

 Mitos atau benar. Produk Shaklee tidak halal.
Mitos!
Produk Shaklee adalah HALAL. Saya juga muslim seperti anda dan mencari yang HALAL itu adalah fardhu. Produk Shaklee mendapat sijil HALAL daripada Islamic Services of America (ISA) sebuah badan pengeluar sijil halal yang mendapat pengiktirafan dari JAKIM, Malaysia.

Endometrosis

Gejala Endometriosis

Penyakit 'endometriosis' yg mana tanda utama ialah senggugut adalah diantara punca utama yg menyebabkan ketidaksuburan dan sukar hamil, malah yg hamil juga mudah gugur. Malangnya penyakit ini sering terus merosak peranakkan jika langkah tertentu tidak diambil.

Senggugut adalah tanda utama dan ia patut diambil berat walau pun jika berlaku pada gadis belum kahwin kerana munkin dari umor muda lagi penyakit endometriosis mula berlaku. Saya seorang pesakit baru berumur 21 tahun sudah dilanda penyakit adenomyosis yang amat terok, dimana hampir separuh rahim, dinding bahagian belakang rosak dan perlu dibuang. Endometriosis biasanya berlaku diluar rahim, bila berlaku dalam rahim ia digelar adenomyosis, biasanya ini melanda wanita yang sudah umor 40an.

Jadi macam mana endometriosis boleh tumbuh?

Ada beberapa teori tentang pertumbuhannya. Yang saya pegang kuat ada 2-3 faktor penting yg mana jika langkah2 awal diambil, munkin dapat dicegah sama sekali.

1. Kedudukan rahim yg Retroverted / kebelakang kearah tulang tonkin. hampir 80% wanita rahimnya kedepan / Anteverted. Ada 2 ligament / otot yg memegang rahim kedepan kearah perut, dipanggil 'Round Ligaments'. Jika ligament2 ini kendur dan tak kuat maka rahim akan jatuh kebelakang(retrverted). Kekenduran munkin berlaku semula jadi atau sejak lahir lagi.

Waktu haid turun ramai wanita akan mengalami tumpahan haid kebelakang rahim ( Retrograde menstruation) melalui saluran fallopian, tetapi wanita yg rahimnya retroverted lebih sering dan lebih terok mengalami masalah in berbanding mereka yg rahim anteverted.

Lama kelamaan tumpahan ini menyebabkan tumbuhan endometrium dibelakang rahim, dalam ovary, drkat pundi kencing, tali usus dan lain2 tempat

2. Kelemahan immunity atau ketahanan badan untuk menentang penyakit juga merupakan faktor penting menyebabkan tumbuhan endometriosis. Tidak semua yg mengalami tumpuhan darah haid kebelakang rahim dan yg rahim mereka retroverted akan ditimpa penyakit endometriosis. Hanya mereka yg ketahanan atau immunity rendah akan diserang.

Immunity rendah kerana tak makan sayur2 dan buah2 - sumber vitamins dan antioxidants yg berperanan menyapu bersih toksin2. wanita2 yg suka makan junk dan fast foods yg mengadungi banyak MSG juga mudah diserang. Bahan kimia, spray, cat, dan plastik dan sterofoam juga bolih melemahkan immunity.

Wanita2 yg sering diserang allergy juga lemah immunitymereka. Setengah makan yg mengadungi banyak phytoestrogen juga mudah mendedahkan wanita diserang endometriosis.


Panduan mencegah endometrosis 

1. Jumpa doctor pakar sakitpuan (gyne) untuk diperiksa peranakan dan buat ultrasound scan khususnya vaginal scanning (TVS)

a. Setiap wanita samada sudah kahwin atau belum yang mengalami tanda2 berikut:
Senggugut yang teruk khususnya yang memelukan penawar sakit atau painkiller. Kesakitan ini munkin berlaku disebelah depan atau ari2 dan juga juga disertai sakit pinggang. Sakit ini munkin dirasai sebelum dan selepas haid dan munkin juga berlarutan. Kesakitan ketika mengadakan hubungan seksual dengan suami.

b. Wanita yang sukar hamil setelah satu tahun kahwin dan telah mencuba untuk hamil setelah memahami kaedah2 waktu subur. Bagi wanita yang lambat kahwin iaitu selepas umur 30 tahun perlu jumpa pakar sakitpuan setelah gagal untuk hamil selama 6 bulan.

c. Wanita yang mengalami keguguran diperingkat awal kandungan khususnya pada 3 bulan pertama kehamilan. Kalau kandungan berlaku berulang2 kali ia patut tampil jumpa pakar sakitpuan untuk menjalani beberapa ujian untuk mengesan punca keguguran.

d. Wanita yang mengalami perdarahan yang banyak dan berpanjangan, sama ada disertai dengan kesakitan atau tidak dan khususnya mereka yang dalam lingkungan umur 40an keatas.

2. Melakukan pembedahan untuk membetulkan rahim yang retroverted. Pembedahan ini digelar 'Ventrosuspension of uterus' atau ' Uplift Uterus' , bolih dilakukan secara laparocopy atau minilaparatomy.

Saya cadangkan gadis2 muda sebelum kahwin yang mengalami senggugut terok perlu dipantau dan jika rahimnya retroverted dan kesakitan semakin tidak bolih diatasi dengan rawatan biasa, pembedahan membetulkan rahim patut dilakukan. Saya telah menemui ramai gadis2 muda yang telah ditimpa penyakit endometriosis diperingkat yang terok dimana banyak kerosakkan telah berlaku. Pembedahan membetulkan rahim bolih mengawal pertumbuhan endometriosis.

3. Ubah tabiat dan adab makan, pemilihan makanan yang berzat dan berkhasiat. Jauhkan makanan yang mengandungi terlalu banyak penawet dan perisa ( Junk and Fast foods)


a. Lebih makan sayur2, ulam2 dan buah2 - Dari sini terdapat banyak sumber berbagai vitamin, logam2, essential amino acids. Antioxidant yang kesemuanya akan meningkatkan system pertahanan badan atau immunity. Saya percaya tisyu darah haid yang tumbuh menjadi endometriosis ada kaitan dengan wanita yang lemah ketahanan atau immunity. Ada kalanya, walau pun rahim retroverted wanita itu tak mengidap endometriosis sebab immunitynya tinggi dan dapat menangkis pertumbuhan penyakit tersebut.
b. Diantara buah2 yang dicadangkan ialah jambu batu, papaya, dragon fruit, water melon, green apple, red grape, delima., strawberry dan keroma.
c. Sayur dan ulam2 yang dimakan mentah sebagai salad atau rojak dan menggunakan virgin olive oil dan lemon sebagai dressing adalah baik dan berkesan untuk meningkatkan immunity.

4. Pengambilan supplement - Antioxidant dan Vitamin

Vit C 500 mg - 1 Gm sehari akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis penyakit.
Vit E 400-800 IU setiap hari menigkatkan immunity
Multivitamins yang mengadungi B complex dan logam2, banyak jenama dipasaran , bolih dibeli dari mana2 farmasi.
Antioxidant juga penting untuk membersihkan toksin dan untuk membersihkan 'free radicals' yang menyebabkan sel2 mati. Kesannya mencegah penyakit dan awet muda, Klinik saya ada beberapa jenama - NuRev, Lipocarn, Q10, dan Optifive. Bolih dipesan dengan menalipon klinik 03-2094 1115begin_of_the_skype_highlighting              03-2094 1115      end_of_the_skype_highlighting
Lain2 jenama antioxidant saperti Quercetin - beli melalui internet.

5. Penggunaan hormone natural progesterone.

Pengidap2 endometriosis mengandungi hormone estrogen dalam tahap yang terlalu tinggi dan tidak cukup kandungan progesterone. Ini menyebabkan sel2 yang sensitive kepada tindakan estrogen saperti endometrium, sel2 payu dara tumbuh membiak tanpa kawalan, biasanya progesterone biasa yang counter tindakan estrogen. Ini menggalakkan tumbuhan endometriosis, fibroid dan tumbuhan payu dara.
Pil2 progesterone saperti Norculut biasa saya gunakan untuk merawat endometriosis. Walau demikian ada juga Krim progesterone yang dijual dipasaran internet, yang biasa disapukan pada depan siku atau belakang lutut mengikut dos yang di syorkan. Progesteron biasanya tidak memberi side effect.

6. Penggunaan Pil Antinflammatory
Peroses pertumbuhan penyakit endometriosis melibatkan reaksi radangan atau inflammation terok menyebabkan kerosakkan tisyu berlaku pada tempat pertumbuhan endometriosis dan kawasan sekitaran.
Makanan kita saperti papaya dan nenas banyak mengandungi enjim2 yang ada kesan untuk mengurangkan radangan /inflamasi tisyu - papase dalam papaya dan bromalin dalam nenas. Produk ini bolih dipesan dari klinik saya,
Dalam pasaran internet bolih beli 'Serrapeptase' yang sama kesan saperti enjim2 diatas.

7. Perkara2 yang perlu dijauhkan.
a, Minuman kopi dan teh selain teh hijau dan minuman fizzy/carbonik tidak digalakkan dan patut dijaukan. Sedangkan air paip juga dipercayai mengadungi sisa2 estrogen dari pil perancang yang masuk air melalui kencing.
b. Segala jenis insecticide spray, racun rumput rumpai ,cat2, bahan2 kimia dalam sabun dan bahan2 pencuci dan dalam shampoo, gas fume dari kereta, kilang air conditioner. Kemua patut dielakkan jika bolih, cuba guna bahan2 organic.

8. Tenangkan fikiran dan Relax - teguhkan iman dan tingkatkan taqwa.
Berbagai kaedah bolih digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran , kecerian emosi dan kestabilan rohani. Hakikat ini sangat penting kerana bila stress, ketahanan badan dan immunity lemah dan penyakit mudah menyerang.
a. Riadah atau exercise sangat penting - 30 minit sehari, tak kisah apa bentuk pun asalkan keluar peluh dan mengikat kegemaran masings2
b. Pilih satu hobi sama ada musik, melukis ,mengail ikan atau lain2 yang bolih melapangkan fikiran.
c. Sicialise - cari rakan dan teman yang mengajak kepada membuat kebajikan, menolong orang susah atau miskin.
d. Bagi musliminat - solat , baca quran, doa dan berzikir. Bagi ugama lain meditation, yoga dan lain2 yang dapat mentenangkan fikiran dan melapangan jiwa.


Adenomyosis - peringkat terakhir endometriosis 

Adenomyosis meyebabkan sakit dan perdarahan rahim

Bila endometriosis tidak dapat dikawal , tumpahan darah haid akan berterusan dan kerosakakn rahim akan berlaku. Sering berlaku dalam umur 40an, tapi gadis muda pun tak terkecuali apabila penyakit endometriosis mengila2.

Rahim akan menjadi bengkak dan terus membesar akibat serangan tisyu darah haid, menimbulkan radangan dan fibrosis pada tisyu otot rahim. Dari otot ia berubah menjadi tisyu fibrous dan setiap kali datang haid, reaksi2 radangan berlaku dalam dinding rahim menyebabkan senggugut yang amat sangat.

Perdarahan haid pun menjadi lebih banyak dan berpanjangan sehingga menyebabkan kehilangan darah yg amat banyak. Akhirnya pesakit mengalami anemia - kaedaan kurang darah - dan sering memerlukan bantuan tranfusi darah.

Apabila gejala2 tersebut diatas telah berlaku, doktor tak ada pilihan melainkan bedah buang rahim atau hysterectomy.

**** dipetk dari blog Dr Hamid Arshat (http://amyhart.page4.me/48.html)

SHAKLEE.....MY JOURNEY

Kenapa saya consume  SHAKLEE? Bagaimana saya jatuh hati dengan SHAKLEE?


Journey saya bermula dengan set kesuburan SHAKLEE yang mana ianya mengandungi  

1. Alfafa Complex  
2. GLA Complex 
3. ESP

Saya bermula dengan set ini setelah beberapa bulan melangkah ke alam perkahwinan. Kenapa saya consume produk nie? Sbb saya merupakan pesakit Endometrosis peringkat 1. Saya pernah menjalani pembedahan laposkropi untuk membuang endometrosis tersebut ( saya akan ceritakan tentang penyakit ini pada entry yang akan datang). Saya juga bercadang untuk hamil secepat yang mungkin. Dalam masa yang sama, saya meneruskan pengambilan Asid Folic yang dibekalkan oleh doktor saya. 

Bulan kedua, saya teruskan journey saya dengan menambah supplement kat bawah nie untuk suami saya. Namun supplement nie hanya diambil oleh suami saya selama 3 bulan sahaja (penat la.. asyik nak ingatkan mkn supplement jek)

1. Vitamin E
2. Zinc complex

5 bulan seterusnya saya  menghentikan pengambilan Alfafa ,  GLA dan ESP kerana saya merasakan ianya menganggu hormon saya & menggalakkan pertumbuhan sel-sel endometrosis saya. Saya juga mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Saya juga menghentikan pengambilan asid folic yang dibekalkan oleh doktor.

Bulan seterusnya saya mengalami keguguran diusia kandungan saya 7 minggu. Saya tidak melakukan prosedur D&C kerana saya mengalami keguguran lengkap yang mana keseluruhan kantung kandungan gugur secara normal. Dan saya mengalami pendarahan normal sama seperti waktu datang bulan.

Saya menghentikan segala pengambilan supplement selepas peristiwa tersebut & saya berusaha untuk hamil secara semulajadi. Saya juga mengamalkan diet atkins dan aerobik 2x seminggu untuk menurunkan berat badan. Saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 14 kilogram dalam tempoh 2 bulan. 

Tahun berikutnya (2012) saya dimasukkan ke hospital semula setelah mengalami kesakitan yg amat ketika datang bulan (sebelah kanan). Keputusan scan menunjukkan tiub fallopio saya bengkak & perlu menjalani laposkropi untuk memulihkannya. 


Tahun 2013 saya mengalami pertambahan berat badan dan saya kembali consume SHAKLEE untuk menurunkan berat badan. SID saya mengesyorkan saya untuk mengambil set slimming shaklee yang mana ia mengandungi 
1. Herbalax
2. Lecithin
3. ESP

Saya juga menambah Omega Guard & Cinch Shake untuk kesan yang lebih optimum. 
Saya berjaya mengurangkan berat badan saya (xbanyak pon sbb kali nie saya xrajin workout).

Tahun nie juga saya menambahkan 2 jenis supplement untuk diet harian saya

1. Sustained released Vitamin C
2. Vitamin E

Tahun 2014, saya mengalami perubahan positif dimana saya kesan pengambilan ESP & supplement SHAKLEE yg konsisten menunjukkan perubahan yang positif terhadap  tumit kaki saya yang pecah-pecah. Saya juga menambah 2  jenis lagi supplement dalam diet harian saya ( yg mana saya xambil secara harian - berselang seli). Tahun nie juga saya telah mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli SHAKLEE.

1. Ostematrix
2. Vitalea

Saya juga telah memaksa suami saya untuk mengamalkan pe ngambilan Vitamin E, Zinc & Ostematrix. Alhamdulillah, setakat nie suami saya masih konsisten untuk mengamalkannya.

Dan.. 3  minggu lepas saya telah disahkan hamil 6 minggu. Alhamdulilah....
Namun kuasa tuhan mengatasi segala-galanya...Saya disahkan mengalami MODULAR PREGNANCY yang mana kandungan saya terpaksa dibuang. 

Kini saya telah seminggu menjalani PANTANG keguguran dan saya telah mengamalkan supplement berikut selama tempoh berpantang saya ( 2 minggu je kot..sbb doktor bg MC 2 minggu je)

1. Zinc Complex
2. B Complex
3. Vitalea
4. ESP
4. Ostematrix
5. Vitamin C

Semoga saya cepat sihat & dapat hamil semula untuk menyerikan & melengkapkan keluarga kecil saya. InsyaAllah.....

Vitamin E Complex



Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.



Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

VITAMIN E juga bertindak sebagai

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi


Dan yang paling best vitamin E ni dah ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yg dulu




  Kebaikan kesihatan grape seed extract

  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan




Vitamin E SHAKLEE nie xde la mahal seperti yang digembar gemburkan...
Satu botol Vitamin E mengandungi 120 capsul dan ianya tahan selama 3-4 bulan...Sangat berbaloi-baloi kan??

*******************************************************************
Hubungi saya untuk order:
Lala 012-2288951
SID:1128410
FB: Chajielaa Fadzli






Wednesday, June 18, 2014

GLA Complex





GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin...Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Fungsi GLA Complex SHAKLEE
*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
*Membantu dalam menangani menopus
*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 
GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

English Primrose Oil vs. Borage Oil (GLA Complex Shaklee)

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.
s 1325 GLA Complex

Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

s 1327 GLA Complex

Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?
Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.
Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

***********************************************************************

Order | Info : Lala | 012-2288951
FB : Chajielaa Fadzli

SID: 1128410

Energizing Soy Protein (ESP)


ESP?

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol dan ianya mudah diserap oleh badan manusia.Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.

Kenapa ESP istemewa?

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Siapa yang perlukan ESP?



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*****************************************************************************************************
Info | Order : Lala | 012-2288951
FB: Chajielaa Fadzli
SID : 1128410, . 

Alfafa Complex

Apa itu Alfafa? 


Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 20 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.


Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.


Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

"Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan."



Apakah kebaikan Alfalfa?
(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy
(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
            • Penyakit Usus (Colon disorder)
            • Buah pinggang
            • Kencing manis
            • Melawaskan usus
            • Ulcer
            • Fluid retention (sembab)
            • Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa
(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau
(5) Promotes pituitary gland function
(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)
(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.
(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.

Kesimpulannya....


***********************************************************************
Untuk pertanyaan / order, sila hubungi saya :
FB : Chajielaa Fadzli
sms/whatApp : 012-2288951
SID   - 1128410