Kenapa saya consume SHAKLEE? Bagaimana saya jatuh hati dengan SHAKLEE?
Journey saya bermula dengan set kesuburan SHAKLEE yang mana ianya mengandungi
1. Alfafa Complex
2. GLA Complex
3. ESP
Saya bermula dengan set ini setelah beberapa bulan melangkah ke alam perkahwinan. Kenapa saya consume produk nie? Sbb saya merupakan pesakit Endometrosis peringkat 1. Saya pernah menjalani pembedahan laposkropi untuk membuang endometrosis tersebut ( saya akan ceritakan tentang penyakit ini pada entry yang akan datang). Saya juga bercadang untuk hamil secepat yang mungkin. Dalam masa yang sama, saya meneruskan pengambilan Asid Folic yang dibekalkan oleh doktor saya.
Bulan kedua, saya teruskan journey saya dengan menambah supplement kat bawah nie untuk suami saya. Namun supplement nie hanya diambil oleh suami saya selama 3 bulan sahaja (penat la.. asyik nak ingatkan mkn supplement jek)
1. Vitamin E
2. Zinc complex
5 bulan seterusnya saya menghentikan pengambilan Alfafa , GLA dan ESP kerana saya merasakan ianya menganggu hormon saya & menggalakkan pertumbuhan sel-sel endometrosis saya. Saya juga mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Saya juga menghentikan pengambilan asid folic yang dibekalkan oleh doktor.
Bulan seterusnya saya mengalami keguguran diusia kandungan saya 7 minggu. Saya tidak melakukan prosedur D&C kerana saya mengalami keguguran lengkap yang mana keseluruhan kantung kandungan gugur secara normal. Dan saya mengalami pendarahan normal sama seperti waktu datang bulan.
Saya menghentikan segala pengambilan supplement selepas peristiwa tersebut & saya berusaha untuk hamil secara semulajadi. Saya juga mengamalkan diet atkins dan aerobik 2x seminggu untuk menurunkan berat badan. Saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 14 kilogram dalam tempoh 2 bulan.
Tahun berikutnya (2012) saya dimasukkan ke hospital semula setelah mengalami kesakitan yg amat ketika datang bulan (sebelah kanan). Keputusan scan menunjukkan tiub fallopio saya bengkak & perlu menjalani laposkropi untuk memulihkannya.
Tahun 2013 saya mengalami pertambahan berat badan dan saya kembali consume SHAKLEE untuk menurunkan berat badan. SID saya mengesyorkan saya untuk mengambil set slimming shaklee yang mana ia mengandungi
1. Herbalax
2. Lecithin
3. ESP
Saya juga menambah Omega Guard & Cinch Shake untuk kesan yang lebih optimum.
Saya berjaya mengurangkan berat badan saya (xbanyak pon sbb kali nie saya xrajin workout).
Tahun nie juga saya menambahkan 2 jenis supplement untuk diet harian saya
1. Sustained released Vitamin C
2. Vitamin E
Tahun 2014, saya mengalami perubahan positif dimana saya kesan pengambilan ESP & supplement SHAKLEE yg konsisten menunjukkan perubahan yang positif terhadap tumit kaki saya yang pecah-pecah. Saya juga menambah 2 jenis lagi supplement dalam diet harian saya ( yg mana saya xambil secara harian - berselang seli). Tahun nie juga saya telah mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli SHAKLEE.
1. Ostematrix
2. Vitalea
Saya juga telah memaksa suami saya untuk mengamalkan pe ngambilan Vitamin E, Zinc & Ostematrix. Alhamdulillah, setakat nie suami saya masih konsisten untuk mengamalkannya.
Dan.. 3 minggu lepas saya telah disahkan hamil 6 minggu. Alhamdulilah....
Namun kuasa tuhan mengatasi segala-galanya...Saya disahkan mengalami MODULAR PREGNANCY yang mana kandungan saya terpaksa dibuang.
Kini saya telah seminggu menjalani PANTANG keguguran dan saya telah mengamalkan supplement berikut selama tempoh berpantang saya ( 2 minggu je kot..sbb doktor bg MC 2 minggu je)
1. Zinc Complex
2. B Complex
3. Vitalea
4. ESP
4. Ostematrix
5. Vitamin C
Semoga saya cepat sihat & dapat hamil semula untuk menyerikan & melengkapkan keluarga kecil saya. InsyaAllah.....
No comments:
Post a Comment