Sunday, August 17, 2014

Freescale & MH370

Assalamualaikum readers...
Hari nie saya nak share tentang apa yang berlaku kat tempat kerja saya hari nie dan apa kaitannya dengan MH370.
Sebelum tu mesti sume dh tau kan apa yang terjadi dengan flight MH370?
Ok la, kalau xingat, meh saya cite sedikit pasal tragedi MH370 nie.

""Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama. Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.""

Tapi apa kena-mengena MH370 nie dengan tempat kerja saya?
Kerana beberapa orang yang terdapat dalam pesawat tersebut adalah merupakan pekerja di syarikat saya yang dalam perjalanan ke China untuk menjalani kurus selama 3 bulan.
Sedih sangat kerana kebanyakkan mereka yang terdapat dalam pesawat tersebut merupakan antara mereka yang dah lama berkhidmat dengan syarikat dan amat dekat dengan teman-teman disini...

Sempena dengan mengingati mereka yang berada didalam pesawat tersebut, maka syarikat tempat saya bekerja telah membuat/mereka satu taman peringatan untuk memperingati mereka dan tragedi yang berlaku..


Marilah sama-sama kita berdoa semoga mereka yang terlibat berjaya ditemui dan selamat.

No comments:

Post a Comment