Monday, August 18, 2014

Set menambah berat badan Shaklee

Assalamualaikum kawan-kawan...

Topik hari ni ialah menambahkan berat badan. Selalunyakan, orang sibuk search pasal nak kurus, nak slim, nak kurangkan berat badan, ye dak? Ha, hari ni saya pulak nak bercerita pasal tambah berat badan. Dah terbalik pulak ye? Bukan apa, kawan-kawan. Sama juga macam kita yang terlebih berat ni. Pasti rasa kekurangan kan? Rasa tak yakin, rasa malu bila berdepan dengan orang ramai. Rasa macam orang tengok kita semacam je sebab banyak lemak sana sini. Pakai baju dah elok tapi perasaan tu serba tak kena. Takut baju ketat sangatlah. Nak pilih baju pun susah. Kena cari saiz XXXL la. Same goes to mereka yang kurang berat badan ni. Terlalu kurus. Perasaan malu tu tetap mereka rasa. Kurang yakin nak berhadapan dengan orang. Rasa macam melidi, melengkung je badan. Bab nak pilih baju pun sama je masalahnya. Kecik sangat sampai takde saiz. Alih-alih kena pilih baju budak. Huhuhu.


Anda mengalamai masalah kurang berat badan dan terlalu kurus? Ingin menambahkan berat badan? Kena makan banyakkah? Kena makan makanan yang berlemakkah? Lepas makan terus tidurkah? Owh tidak. Itu adalah cara yang sangat tidak sihat. Untuk menambah berat badan secara sihat, Shaklee ada penyelesaiannya. Cadangan yang sesuai untuk mereka yang ingin menambahkan berat badan adalalah seperti set di bawah ni.

MEAL SHAKES
Jom kita skodeng, apa yang ada dalam Meal Shakes ni yang membuatkan dia BEST. Rasa dia memang awesome! Macam rasa vanila shakes gitu. Meal Shakes kaya dengan PROTEIN dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya merupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita. Yup, untuk menambah berat badan, tips simplenya adalah makan makanan yang kaya dengan protein. Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin.  Meal Shakes juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. 

VITA-LEA

Vita-Lea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet. Wow!! Ianya merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Vita-Lea merupakan supplement penting kerana ia memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening. 

B COMPLEX
Pengambilan vitamin B Complex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Si kurus biasanya akan berasa cepat letih dan lesu. B Complex menukarkan makanan kepada tenaga, dimana ia mambantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan. Istimewanya B Complex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia juga mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

So apa lagi...jom kita order set nie untuk kesihatan kita...
Hubungi saya untuk pembelian & konsultasi percuma..

*****************************************************
Sihat & Santek dan Shaklee
Lala | 012 2288951
SID | 1128410
FB | Chajielaa Fadzli

1 comment:


  1. Untuk menambah berat badan, kita juga memerlukan strategi yang betul. Sebelum melakukan sebarang usaha, kita harus mengenalpasti corak diet kita, menganggar kandungan kalori di dalam setiap menu yang kita ambil setiap hari dan akhir sekali merancang menu diet yang baru. Untuk tujuan ini, kita digalakkan untuk memiliki sebuah diari untuk mencatat diet yang kita ambil.

    ReplyDelete