Monday, July 7, 2014

Dugaan itu... Bahagian 1

Alhamdulillah....
Setelah semimggu menyepi, saya kembali bersiaran....Lama entry nie dok dalam draf sbb panjang sangat ditaip...dan banyak pulak air mata yang mengalir.

Dugaan hidup benar-benar menguji saya... Alhamdulillah sokongan keluarga, suami & teman teman benar benar membantu saya memulih tenaga & perasaan saya...

Apa sebenarnya terjadi dengan saya?

Saya sebenarnya mengalami komplikasi kandungan seawal usia kandungan 7 minggu. Dalam usia saya 32 tahun, saya telah mengalami 3 kali kandungan dimana kandungan pertama saya disahkan kandungan luar rahim (Etopic pregnancy) dan kandungan saya yang kedua gugur diusia 7 minggu. Kali ini merupakan kandungan ketiga saya. Anak? saya benar-benar menginginkannya tapi rezeki Allah yang satu itu belum kunjung tiba.
Dalam usia kandungan 7 minggu (5 Jun- Khamis) , saya mengalami pendarahan & sakit dibahagian bawah abdomen. Memandangkan saya merupakan pesakit Endometrosis & pernah mengalami ETOPIC pregnancy, maka kes saya telah dirujuk terus ke hospital yang pernah mengendalikan saya sebelum ini (Kelana Jaya Medical Centre).

Allah benar-benar menguji saya. Setelah melakukan scan perut & TVS (thru vaginal scan), kedudukan kandungan saya tak dapat dikesan. Doktor yang merawat saya mengandaikan saya mengalami etopic pregnancy sekali lagi & mencadangan pembedahan untuk membuang kandungan saya... Ya Allah...gelap seketika dunia saya...Mengapa saya diuji sekali lagi...Kenapa saya? kenapa bukan orang lain?
Pelbagai soalan muncul dalam fikiran saya...namun tidak satu pun berjaya mententeramkan hati saya...Pandangan suami saya menambahkan rasa pilu dihati saya.... Suami saya turut mengalirkan air mata...Ya Allah... saya benar benar rasa xberdaya ketika itu..

Saya dipersiapkan untuk menjalani pembedahan malam itu juga. Namun...sekali lagi saya terkesima...Insurans saya tidak meliputi kes kandungan. Ya Allah... mana mungkin saya menjalani pembedahan disini. Mana mungkin saya mampu untuk membiayai kos pembedahannya....
Setelah perbincangan dilakukan, kes saya dirujuk dan dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Maka, ber ambulans la saya ke PPUM.
Total bayaran yg dibayar sebelum saya discharge dari KJMC adalam RM740. Perghh...mahal giller...
Nie termasuk bayaran wad utk 1 malam (saya dok sini xsampai setengah jam pon), pasang drip air & urine bag hose.

Saya terus dirujuk ke bahagian kecemasan PPUM. Kat sini saya menunggu hampir sejam untuk diperiksa oleh doktor. Maklumlah, mereka lebih mendahulukan kes kes kecemasan berbanding dengan kes saya yg xberapa nak cemas nie. Sampel darah saya telah diambil untuk menentukan tahap HCG saya.  Setelah melalui pelbagai prosedur dan pemeriksaan, akhirnya saya dipindahkan ke wad wanita. Kenapa? kerana para doktor berpendapat bahawa saya tidak perlu tergesa-gesa menjalani pembedahan memandangkan ketika itu keadaan saya sangat stabil (sedikit pendarahan, tiada kesakitan, tidak pengsan/pitam dan tiada kesan anemia).

Saya dihantar ke wad wanita kira-kira jam 2 pagi. Kesian toll saya lihat suami saya...menunggu saya dari petang tadi sehinggalah waktu ini... Mematuhi prosedur PPUM , suami xboleh tunggu isteri dalam wad, maka suami saya pon terpaksa meninggalkan saya dengan berbekalkan sebuku roti & sekotak air. Kenapa bukan nasik? saya terpaksa mula berpuasa malam nie sbb doktor kata saya akan dibedah esok jika keadaan saya tak stabil.

Pagi esoknya, ramai doktor mengerumuni katil saya untuk melihat keadaan saya.ketika itu. Setelah melihat keadaan saya yang agak stabil, mereka meninggalkan saya dengan memasang drip air pada tangan saya (prosedur yang perlu jika kita terpaksa berpuasa dihospital untuk mengelakkan terhidrat). Seharian berpuasa saya menahan lapar dan dahaga (dah macam training untuk menghadapi Ramadhan la pulak), akhirnya keputusan ujian darah saya diperolehi dan bacaannya agak mengejutkan iaitu 34 xxx. Bacaan darah menunjukkan hormon mengandung saya positif. Setelah melalui pelbagai perbincangan, para doktor mengambil keputusan untuk tidak melakukan apa-apa terhadap saya untuk hari ini melainkan mengambil mengambil sampel darah saya pada 48 jam setelah pengambilan yang pertama (malam tadi di wad kecemasan). 48 jam tu bermakna jam 10 malam esok!!!!adehh.......lamanya lagi...
Saya dibenarkan untuk makan dan minum selepas itu...Lega!!!!
Dahla saya xdibenarkan balik, saya juga xdibenarkan berjalan kemana-mana. sangat membosankan!!!!

Hari ke-3 saya di PPUM. xde benda yang menarik berlaku. Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca novel & melayan customer shaklee saya... Alhamdulillah, walaupun saya bercuti sakit, Order shaklee masih tidak putus-putus.

Hari ke -4 di PPUM, setelah 2 kali ujian darah dilakukan untuk menentukan paras hormon HCG saya, maka para doktor berpendapat saya mengalami masalah MODULAR PREGNANCY.

Apa itu Modular Pregnancy? 
MODULAR PREGNANCY atau kandungan anggur  berlaku apabila terdapat kecacatan pada kormosom yang menghalang kehamilan ini berkembang seperti biasa. Ia berlaku kerana genetik telur yang tidak lengkap menyebabkan sperma membahagi dengan sendirinya dan dengan secara tidak normal. Ini menyebabkan rahim membesar dengan cepatnya mengakibatkan pendarahan dalam rahim dan dari faraj.



Pagi ke-4 itu saya Gynae datang bagi penerangan tentang prosedur D&C yang akan dilakukan dan beritau akan masukkan ubat kat 'tut'. Fungsinya untuk melembutkan pintu rahim agar mudah dibuka dan melembutan dinding endometrium untuk memudahkan proses D&C tersebut.. Lepas je masuk ubat saya disuruh baring untuk mengelakkan ubat tersebut terkeluar.. Dok sekejap kat 'bawah' tu rasa gatal yang amat. Rasa merenyam macam nak garu-garu je tapi kat dalam saluran, boleh tahan aje la. Ops.. terlupa pulak,, saya diarahkan untuk berpuasa dan makanan terakhir saya adalah Sapuan Roti dengan Jem Stoberi bersama melo panas jam 7 pagi tadi....

Jam 1 petang , saya telah disorong ke OT  bagi menjalani prosedur D&C iaitu Dilation and Curettage iaitu pembedahan yang sering dilakukan selepas keguguran trimister pertama. Dilation bermakna pembukaan serviks dan Curettage bermaksud membuang kiandungan rahim. Curettage boleh dilakukan dengan mengikis dinding rahim dengan alat curettage atau melalui sedutan curettage (juga dipanggil vakum aspiration) dengan menggunakan sejenis alat vakum. 

Sebelum operation dilakukan, doktor bius datang & brief saya tentang prosedur yang akan mereka  lakukan hari itu... Saya dengar je la sume tu sbb kalau saya bantah pon, prosedeur tetap akan diteruskan. Betul x? hehehe.

Saya ditolak untuk masuk ke OT sekitar pukul 2 petang, saya nampak jam di dinding masa menunggu tu. Saya diiringi oleh 5 orang staf, saya taktau yang mana nurse yang mana doc. Masa ditolak masuk dalam OT tu, semua pakaian ditanggalkan kecuali baju operation & selimut je. Sejuk pulak tu. Saya mengadu sejuk, staf tu kata sini memang sejuk sikit sebab clean room, staf semua ligat dan cekap pasang segala macam wayar di badan saya. Saya dah nampak besi tempat letak kaki tu..hahaha..boleh bayangkan macam mana gaya saya nanti. Saya gelak-gelak sampai staf tu pun tergelak sama. Tak lama doc bius inject sesuatu pada drip, dia kata ubat bius melalui drip dan satu lagi melalui topeng gas.Mulut dan hidung saya ditekup dengan topeng, tapi anginnya terkeluar sikit berdesus-desus kena mata saya. Saya rasa pedih la sebab angin dok masuk mata, saya pun tutup mata. Doc tak bagi tutup mata, dia kata nanti, nanti, jangan tidur dulu. Lepas tu baru dia betulkan topeng tu dan takde angin lagi. Saya pandang je la ke atas, nampak lampu besar yang dalam scene bedah-bedah  macam dalam TV tu. Doc tu siap suruh saya baca doa..saya baca dalam hati, dan zikir, belum habis baca dah LUP! tak ingat apa dah. 

Sedar-sedar je saya dengar suara diorang panggil nama saya dan suruh saya buka mata. "Puan, dah siap. Bangun, bangun". Saya rasa saya ditolak ke wad tempat transit tadi. Dalam mamai-mamai tu saya nampak jam pukul 2.40. Maknanya prosedur dalam setengah jam. Saya rasa ngantuk yang amat tapi suara-suara diorang bersembang buat saya tak boleh lena. Saya macam tido tapi telinga mendengar.  Saya dibantu oleh nurse untuk menukar kepada baju wad & nurse cakap nak bawak saya ke wad unit harian semula. 

Saya tersedar sepenuhnya jam 4 petang... tipulah kalau saya kata xde langsung rasa sakit...tapi sebab nak cepat-cepat drip air kat tangan nie ditanggalkan, saya gagahkan diri gaks untuk bangun...Bila nurse nampak saya cam dah stabil je, dia pon bagi saya untuk minum air masak sikit-sikit.. Tujuannya untuk mengelakkan saya muntah.. tapi jangan salah sangka yer, kat sini xde layanan kelas 1. nak minum kena amik & minum sendiri..xde istilah dayang dayang.hehehe..

setelah lebih kurang sejam saya dah bangun, barulah nurse bagi saya untuk makan makanan yang lembut-lembut jer dlu,..Alhamdulillah incek suami baik ati arinie, dia belikan saya bubur nasik (saya dah lapa sangat dah nie..).Walaupon sebelum nie saya dah ada pengalaman pembedahan tapi kali nie saya memang betul-betul xsempat untuk buat persediaan..Maka, xdelah bekalan kurma seperti sebelum ini.

Saya dibenarkan pulang ke-esokkan harinya dengan bayran RM5xx. Alhamdulillah....
Namun saya masih terus kena follow up di hospital seminggu sekali untuk memantau tahap kesihatan saya...

No comments:

Post a Comment