Saturday, July 19, 2014

Pray for MH17

Asalamualaikum....
Pagi Ramadhan yang hening dikejutkan dengan berita mengenai pesawat Malaysia Airlines yang telah terhempas di sempadan  Ukraine dan Rusia  pada 17 Julai 2014.

Sedikit info mengenai pesawat tersebut
Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam jam 12.15 tengahari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di KLIA Malaysia jam 6.10 pagi (waktu Malaysia). Namun persawat tersebut dilaporkan terhempas jam 7.30 malam (waktu Malaysia) di Grabovo , timur Ukraine. Pesawat jenis Boeing 727-200 itu  jatuh di kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine kelmarin.

Pesawat tersebut membawa 283 orang penumpang dan 15 orang krew kapal. Dari jumlah tersebut, 45 orang adalah rakyat Malaysia.



Pesawat tersebut dipercayai ditembak  jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara di wilayah yang dikuasai pemberontak yang disokong Rusia,

Berita terkini : 19/07/2014 10:06am

Kerajaan Malaysia  memutuskan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam semalam sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, semalam.

No comments:

Post a Comment